Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Mahkota: Calon Bebas turut cuba nasib?
Politik

PRK Mahkota: Calon Bebas turut cuba nasib?

PRK Mahkota: Calon Bebas turut cuba nasib?

NOREAIN BACHOK

JOHOR BAHRU: Walaupun masih awal, namun Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dijangka menyaksikan pertandingan lebih daripada dua penjuru.

Ini berdasarkan satu set borang penamaan calon telah dibeli individu persendirian setakat semalam.

Penolong Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor, Noraein Bachok berkata, set borang penamaan calon tersebut telah dibeli di Majlis Perbandaran Kluang (MPK) oleh individu tersebut.

“Setakat ini borang dibeli oleh individu persendirian. Bagi pihak parti politik, kami belum terima belian.

“Siapa yang berkehendak boleh membeli borang penamaan calon di MPK.Tarikh akhir beli borang pencalonan pada 14 September dengan harga RM20,” katanya dalam sidang akhbar selepas Taklimat Petugas Media PRK DUN Mahkota oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Auditorium RTM, di sini hari ini.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 dengan majoriti 5,166 undi.

SPR menetapkan hari pengundian pada 28 September, manakala hari penamaan calon dan pengundian awal, masing-masing pada 14 dan 24 September. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...