Friday , 20 September 2024
Home Politik Sekretariat Selamatkan Malaysia dakwa Ahmad Zahid tipu ada cukup SD
Politik

Sekretariat Selamatkan Malaysia dakwa Ahmad Zahid tipu ada cukup SD

Sekretariat Selamatkan Malaysia dakwa Ahmad Zahid tipu ada cukup SD

TUN Faisal Ismail Aziz ketika hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan polis berhubung pendedahan isu 115SD di Putrajaya.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dicabar untuk membuktikan memang wujud akuan bersumpah (SD) daripada kesemua 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Tantangan tersebut disuarakan Pengerusi Sekretariat Selamatkan Malaysia, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang mendakwa bahawa Pengerusi BN itu telah membohongi rakyat.

Sebaliknya ujar beliau, Presiden UMNO itu langsung tiada pun sokongan daripada semua wakil rakyat BN tetapi membuat dakwaan konon ada berlaku pula isu 10 SD bertindih.

“Jika dibaca laporan media, cuma Tan Sri Muhyiddin Yassin ada cukup jumlah SD ketika tarikh ditetapkan Istana Negara pada 21 November 2022,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di sini hari ini.

Ia susulan laporan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan itu pada 23 November 2022 mengenai kes tular surat ditandatangani Ahmad Zahid didapati mengelirukan Yang di-Pertuan Agong mengenai isu SD tersebut.

Ironinya, ujar Tun Faisal Ismail, tiada sebarang perkembangan berhubung hasil siasatan laporan malahan pihak polis tidak merakamkan keterangan Timbalan Perdana Menteri itu.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa jika diimbas balik semua laporan media, Ahmad Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menyerahkan bilangan SD cukup pada tarikh akhir.

“Justeru, hanya Perikatan Nasional ada majoriti mudah termasuk apa yang dikatakan SD bertindih daripada wakil BN tetapi kenapa pula orang lain jadi Perdana Menteri,” katanya.

Ekoran situasi aneh, Tun Faisal berkata, laporan kali ini juga mahu pihak polis menyiasat kemungkinan besar berlaku isu kecuaian dalam kalangan pegawai Istana Negara sendiri.

Mereka ujar beliau, gagal menyemak keabsahan kesemua dokumen yang berkaitan ketika melakukan kehendak Perlembagaan Persekutuan dalam urusan pelantikan berkenaan. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...