Home Nasional Cubaan seludup gagal, 594 liter diesel disita
Nasional

Cubaan seludup gagal, 594 liter diesel disita

Seorang lelaki ditahan ketika leka mengisi diesel ke dalam tong. – FOTO RTM

GEORGE TOWN, 4 September – Cubaan seorang pemandu lori menyeleweng minyak diesel gagal apabila dia ditahan di sebuah stesen minyak di Bayan Lepas, hari ini.

Ketika serbuan, lelaki terbabit sedang asyik mengisi cecair disyaki diesel ke dalam sebuah tong dram yang berada atas lorinya.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan berkata, pihaknya menemui 6 unit tong dram menerusi Ops Tiris 3.0 tersebut.

Tiga unit darinya berisi 594 liter diesel bernilai RM1, 888, manakala tiga unit lagi merupakan tong kosong.

Turut disita, sebuah lori dan dokumen resit belian minyak.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM17, 308, termasuk rampasan diesel.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tegas Jegan, ketika ini, KPDN Pulau Pinang sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar negeri tersebut.

Ini bagi mengekang ketirisan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....