Home Nasional Buaya Tasik Shah Alam masuk perangkap malam tadi
Nasional

Buaya Tasik Shah Alam masuk perangkap malam tadi

Buaya Tasik Shah Alam masuk perangkap malam tadi

Imej buaya itu yang dirakam dron Jabatan Perhilitan di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam, petang semalam

SHAH ALAM, 5 September- Tidak sampai 24 jam perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, buaya yang ditemukan mendiami Taman Tasik Seksyen 7 dekat sini berjaya ditangkap, malam tadi.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata buaya berkenaan dikesan memasuki perangkap sekitar jam 10.20 malam, ketika pemeriksaan dijalankan anggotanya.

Beliau berkata berikutan kejayaan tersebut Perhilitan Selangor akan mengadakan pemantauan susulan selama dua hari dan kawasan berkenaan akan ditutup bagi tempoh sama pada waktu malam, bagi memastikan tiada buaya lain di dalam tasik itu.

\”Alhamdulillah operasi telah selesai dijalankan dan kita berjaya menyelamatkan buaya tembaga sepanjang 1.68 meter dengan anggaran berat sekitar 15 ke 20 kilogram.

\”Faktor utama kejayaan operasi ini sebab kita berjaya kosongkan kawasan rekreasi ini pada waktu malam, jadi kurang gangguan membuatkan dia termakan dengan umpan ayam segar yang kita letakkan,\” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan di sini semalam.

Mohd Adib berkata buaya tersebut akan ditempatkan di Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor dan akan melalui proses kuarantin bagi memastikan reptilia itu tidak membawa sebarang penyakit. -BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....