Friday , 20 September 2024
Home Nasional Nilai pelaburan melonjak kepada RM160 bilion hingga Jun
Nasional

Nilai pelaburan melonjak kepada RM160 bilion hingga Jun

Nilai pelaburan melonjak kepada RM160 bilion hingga Jun

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 September- Nilai pelaburanmelonjak kepada RM 160 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan 18peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jelas beliau, kesemua pelaburan tersebut melibatkan hampir 3,000 projek baharu yang membuka lebih 79,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

\”Tempoh januari hingga jun tahun ini, pelaburan diluluskan telah melonjak 160 bilion. Peningkatan 18 peratus ketimbang tahun lalu. Ini melibatkan 3,000 projek baru dan buka peluang kepada 79,000 anak-anak kita untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan baru.

\”Pembentukan khazanah daripada awal bukan sahaja bukan sebagai badan pemantau pastikan peningkatan usaha mencatat kemajuan tetapi kearah pembangunan dan keuntungan dan kesaksamaan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Khazanah Nasional di ibu negara.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...