Home Nasional 51 JPKK terima sijil CDA-ERT
Nasional

51 JPKK terima sijil CDA-ERT

51 JPKK terima sijil CDA-ERT

Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN, 3 September- 51 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Negeri Sembilan menerima sijil penubuhan Civil Defence Auxiliary Member–Emergency Response Team (CDA–ERT) selepas mengikuti siri latihan kendalian respons awal oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pasukan tindak balas awal kecemasan itu ditubuhkan bagi mempersiapkan penduduk kampung dengan latihan intensif mengendalikan kecemasan sebelum anggota keselamatan tiba.

\”Bukan sahaja APM agensi-agensi lain boleh juga mengambil kesempatan untuk mewujudkan pasukan-pasukan mereka di kawasan-kawasan pedalaman khususnya isu tentang bomba.

\”Jadi ini antara perkara yang boleh dibantu saya yakin dengan adanya pasukan-pasukan seperti ini akan memudahkan kita menyelesaikan masalah rakyat,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat dan Penubuhan CDA–ERT JPKK peringkat Negeri Sembilan di sini.

Pasukan berkenaan dilatih khas untuk mengendalikan fasa tindak balas awal berkaitan bencana dan kecemasan melalui kaedah penyelamatan mangsa dan harta benda.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....