Home Nasional Tiada rakyat Malaysia terlibat ribut Yagi di Filipina
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terlibat ribut Yagi di Filipina

Tiada rakyat Malaysia terlibat ribut Yagi di Filipina

FOTO REUTERS

KUALA LUMPUR, 3 September – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas disebabkan ribut tropika Yagi yang melanda Luzon, Filipina, setakat pukul 4.00 petang (waktu tempatan).

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang memantau dengan teliti perkembangan ribut tropika Yagi di negara itu.

Ribut tropika itu telah mendarat di bandar Casiguran, Wilayah Aurora semalam.

\”Hari ini, ribut tersebut telah beralih ke perairan persisiran luar bandar Laoag, Wilayah Ilocos. Ribut tersebut dijangka akan merentasi Laut China Selatan dalam beberapa hari akan datang dengan membawa tiupan angin berkelajuan 75 kilometer sejam (km/j),\” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya terus waspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diarahkan pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di laman sesawang https://ekonsular.kln.gov.my.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....