Friday , 20 September 2024
Home Nasional Seorang maut, tiga selamat lori terbabas ke dalam longkang
Nasional

Seorang maut, tiga selamat lori terbabas ke dalam longkang

Seorang maut, tiga selamat lori terbabas ke dalam longkang

Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain terselamat selepas lori yang dinaiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 33.1Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di Jitra / Foto RTM

JITRA, 4 September – Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain terselamat selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 33.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 6.36 pagi.

\”Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah mengarahkan jentera dan EMRS BBP Jitra ke lokasi kejadian. Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori terbabas dan terbalik ke dalam longkang.

\”Empat orang mangsa berada di dalam lori tersebut. Seorang mangsa berusia 30-an tersepit di dalam kenderaan, manakala tiga yang lain, termasuk seorang warga asing, terselamat,\” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Bustan berkata, mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

\”Operasi menyelamat menghadapi sedikit kesukaran disebabkan ruang yang sempit dan berair, namun pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,\” tambah Mohd Bustan.

Related Articles

Industri halal menyumbang ekonomi negara
Nasional

Industri halal menyumbang ekonomi negara

Mohd Na’im Mokhtar/ Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 19 September-Perjalanan selama 50 tahun dalam...

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai
Nasional

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai

Gambar hiasanKOTA KINABALU, 16 September – Angin kencang yang sedang melanda Sabah...

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef
Nasional

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef

Pengarah Serantau UNICEF bagi Asia Timur dan Pasifik, June Kunugi berkata kanak-kanak...

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas
Nasional

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas

Foto AFPPUTRAJAYA, 19 September- Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan...