Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Mah Sing yakin sasaran jualan minimum RM2.5 bilion dicapai
Perniagaan

Mah Sing yakin sasaran jualan minimum RM2.5 bilion dicapai

Mah Sing yakin sasaran jualan minimum RM2.5 bilion dicapai

Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group Bhd. Datuk Voon Tin Yow

KUALA LUMPUR, 29 Ogos– Mah Sing Group Bhd yakin sasaran jualan minimum RM2.5 bilion tahun ini dapat dicapai.

Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group Bhd. Datuk Voon Tin Yow yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan kemajuan yang signifikan dengan pelancaran pelbagai projek dan kerjasama yang strategik.

\”Kami yakin dapat mencapai sasaran RM2.5 bilion tahun ini dengan projek kami yang kukuh. Pada masa yang sama, kami telah mengembangkan perniagaan kami ke dalam sektor pusat data. Ini akan menandakan peralihan strategik bagi syarikat untuk menjana pendapatan rekod yang akan melengkapkan model perniagaan tradisional kami, iaitu bina dan jual.

\”Produk kami mempunyai pasaran meluas untuk memenuhi keperluan, mampu milik dan gaya hidup pelanggan\”, katanya kepada pemberita di sini.

Selain projek perumahan Residensi Suria Madani yang bernilai RM200,000 seunit dengan keluasan 800 kaki persegi di Taman Desa, Mah Sing Group juga turut melancarkan projek perumahan M Aspira yang berkeluasan sehingga 1,000 kaki persegi dengan harga mampu milik.

\”M Aspira adalah projek seluas 3.7 ekar, 1600 unit, kami menyediakan pelbagai kemudahan termasuk projek yang bakal dilancarkan tidak lama lagi\”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif Subsidiari Hartanah Mah Sing Group Bhd. Yeoh Chee Beng.

Dalam pada itu, Datuk Voon Tin Yow turut memaklumkan sebanyak lapan projek pembangunan tanah sejak tahun 2023 dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM10 bilion.

Ia termasuk projek M Aspira di Taman Desa, M Azura di Setapak, M Zenya di Kepong, M Terra and M Hana di Puchong, M Legasi di Semenyih, serta MSS Business Park di Sepang dan M Tiara 1 dan 2 di Johor.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...