Friday , 20 September 2024
Home Nasional "Berjaya dan luar biasa", PM puji sambutan Hari Kebangsaan
Nasional

"Berjaya dan luar biasa", PM puji sambutan Hari Kebangsaan

"Berjaya dan luar biasa", PM puji sambutan Hari Kebangsaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung pada 31 Ogos lalu sebagai satu kejayaan luar biasa / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 2 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung pada 31 Ogos lalu sebagai satu kejayaan luar biasa.

Sambutan tersebut turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang mempamerkan semangat patriotik yang memberi impak besar kepada negara.

\”Kita bersyukur kerana sambutan kemerdekaan 2024 ini begitu menyemarakkan semangat rakyat, dan saya perhatikan sambutan itu hebat dan luar biasa di seluruh negara,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini.

Anwar turut menyeru rakyat untuk menjadikan sambutan Hari Kebangsaan 2024 sebagai peluang memperbaiki prestasi dalam semua bidang.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...