Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan UEM Lestra ambil alih 51 peratus kepentingan NUR Power
Perniagaan

UEM Lestra ambil alih 51 peratus kepentingan NUR Power

UEM Lestra ambil alih 51 peratus kepentingan NUR Power

UEM Lestra Bhd, anak syarikat UEM Group Bhd, telah mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam NUR Power Sdn Bhd / Foto RTM

KULIM, 30 Ogos – UEM Lestra Bhd, anak syarikat UEM Group Bhd, telah mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam NUR Power Sdn Bhd, sebuah syarikat utiliti tenaga bebas (IPU).

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Lestra, Harman Faiz Habib Muhamad berkata penglibatan itu merupakan langkah strategik berdasarkan potensi penciptaan nilai dan keupayaan operasi NUR Power yang boleh dikembangkan.

\”Pemilikan majoriti ini adalah sebahagian daripada komitmen RM1.5 bilion yang diperuntukkan UEM Lestra untuk dilaburkan dalam tempoh 24 bulan akan datang bagi usaha dekarbonisasi taman industri di Malaysia,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Harman, pengambilalihan tersebut dijangka merancakkan pelaburan tempatan, menjana peluang pekerjaan dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara.

UEM Lestra berhasrat untuk menambahbaik dan mengembangkan lagi operasi syarikat tempatan seperti NUR Power dengan fokus kepada dekarbonisasi di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) sebelum diperluas ke taman industri lain di seluruh Malaysia.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...