Friday , 20 September 2024
Home Nasional RM262,000 diluluskan untuk baik pulih asrama Maal Quran
Nasional

RM262,000 diluluskan untuk baik pulih asrama Maal Quran

RM262,000 diluluskan untuk baik pulih asrama Maal Quran

Foto FB Menteri

JITRA, 2 September – Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM262,000 bagi menyelenggara dan menaik taraf asrama Ma\’had Abdullah Al-Ariffin Litahfizil Quran (Maal Quran), di sini yang musnah dalam kebakaran pada April lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar berkata Maal Quran mengalami musibah apabila sebahagian asrama pelajar terbakar, April lalu.

Beliau berkata, melalui Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM), sumbangan tunai sebanyak RM200 telah diberikan kepada semua pelajar bagi membantu mereka membuat persiapan dalam pelajaran.

\”Selain itu, Yayasan Taqwa turut menyumbangkan RM10,000 untuk membeli peralatan komputer bagi kegunaan perpustakaan,\” katanya menrusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan tersebut di Maal Quran yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Datuk Dr. Abdul Ghani @ Zulkifli Zainuddin.

Beliau berharap bantuan tersebut dapat membantu Maal Quran melahirkan generasi huffaz yang akan menjadi pelapis dalam membentuk Malaysia Madani.

Dalam kejadian pada 22 April lalu, bangunan asrama dan bilik guru Maal Quran telah hangus dalam kebakaran, namun tiada mangsa yang cedera kerana bangunan tersebut kosong ketika kejadian, dimana semua pelajar berada di surau.

Kebakaran tersebut telah menyebabkan hampir 70 peratus struktur bangunan musnah.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...