Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Standard Chartered jangka BNM kekalkan OPR pada 3.00 peratus
Perniagaan

Standard Chartered jangka BNM kekalkan OPR pada 3.00 peratus

Standard Chartered jangka BNM kekalkan OPR pada 3.00 peratus

Standard Chartered menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.00 peratus / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 2 September – Standard Chartered menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.00 peratus.

Institusi kewangan tersebut menjelaskan jangkaan itu adalah berdasarkan kadar inflasi yang stabil pada bulan Julai, dengan inflasi keseluruhan dicatatkan pada 2.0 peratus tahun ke tahun, manakala inflasi teras berada pada 1.9 peratus tahun ke tahun.

\”Menurut laporan terkini, inflasi di Malaysia menunjukkan kestabilan yang baik, dengan angka inflasi yang sederhana ini menunjukkan tanda-tanda yang terhad mengenai impak lanjutan atau penyaluran ketara daripada rasionalisasi subsidi diesel,\” menurut institusi kewangan itu menerusi kenyataan.

Tambah institusi kewangan itu, kesan yang dijangka terhadap inflasi daripada pemotongan subsidi diesel kekal sederhana, dianggarkan hanya sekitar 0.1 mata peratusan.

Berdasarkan keadaan semasa, BNM dijangka akan mengekalkan OPR pada paras semasa untuk baki tahun ini, walaupun terdapat risiko kenaikan kadar yang lebih tinggi berbanding pemotongan.

BNM juga dijangka akan mengekalkan pandangan bahawa pergerakan nilai ringgit dipengaruhi oleh faktor luaran.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...