Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Aerotrain KLIA kembali beroperasi 31 Januari tahun hadapan
Nasional

Aerotrain KLIA kembali beroperasi 31 Januari tahun hadapan

Aerotrain KLIA kembali beroperasi 31 Januari tahun hadapan

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (dua, kiri) melakukan lawatan bagi meninjau perkembangan Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrains) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang / Foto Bernama

SEPANG, 2 September – Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini dijangka beroperasi semula menjelang 31 Januari 2025.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata dua daripada tiga set Aerotrain yang tiba minggu lepas kini sedang melalui fasa pemasangan dan seterusnya akan memasuki fasa pemeriksaan.

Beliau berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu menjalankan pemantauan dan ujian yang rapi sebelum perkhidmatan Aerotrain mula beroperasi untuk mengelakkan sebarang kelewatan.

Ini terutama menjelang Sidang Kemuncak ASEAN tahun depan yang dipengerusikan Malaysia.

\”Fasa ini sudah tentu akan mengambil masa beberapa bulan, sekitar empat hingga lima bulan, untuk semua ujian yang diperlukan. Pada bulan Oktober, ujian dinamik akan bermula di mana tren ini akan diuji menggunakan trek sebenar,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau dan memeriksa Aerotrain baharu di Terminal 1 KLIA, di sini.

Secara keseluruhan, MAHB akan menerima tiga set Aerotrain, dan setiap set mempunyai tiga koc yang boleh menampung kapasiti seramai 270 penumpang.

Set ketiga dijangka tiba pada bulan Oktober dan akan dijadikan tren simpanan.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...