Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Mahkota: Semua parti Kerajaan Perpaduan beri sokongan padu kepada UMNO
Politik

PRK Mahkota: Semua parti Kerajaan Perpaduan beri sokongan padu kepada UMNO

PRK Mahkota: Semua parti Kerajaan Perpaduan beri sokongan padu kepada UMNO

MOHAMED KHALED Nordin (dua dari kiri) mendengar taklimat berkaitan perumahan generasi kedua Felda, My Villa di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI: Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan memberi komitmen dan sokongan kuat kepada barisan Barisan Nasional (BN) daripada UMNO dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 28 September ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, koordinasi antara parti dalam Kerajaan Perpaduan berada dalam keadaan baik bagi menghadapi PRK berkenaan.

“Kita telah dapat jaminan kerjasama daripada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan. Kita bersyukur bukan sahaja sokongan kuat daripada masyarakat Melayu dan ahli UMNO, malah kita juga mendapat sokongan kuat dan jaminan komitmen daripads semua parti dalam kerajaan perpaduan,” katanya ditemui selepas merasmikan My Villa di Dewan Felda Air Tawar 3, dekat sini, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, keputusan sama ada mengekalkan kuota kerusi Wanita di DUN Mahkota atau sebaliknya akan diputuskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Itu (kuota Wanita DUN Mahkota) kena tanya Presiden,” katanya yang dilantik sebagai Koordinator PRK DUN Mahkota.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September ini sebagai hari pengundian PRK DUN Mahkota, manakala hari penamaan calon dan hari pengundian awal pada 14 dan 24 September.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandang kerusi tersebut, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang pada 2 Ogos lalu. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...