Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Eksport minyak sawit disasar capai 15.6 juta tan tahun ini
Perniagaan

Eksport minyak sawit disasar capai 15.6 juta tan tahun ini

Eksport minyak sawit disasar capai 15.6 juta tan tahun ini

Eksport minyak sawit mentah disasar mencecah 15.6 juta tan tahun ini, meningkat 3.3 peratus berbanding 15.1 juta tan tahun lalu / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Eksport minyak sawit mentah disasar mencecah 15.6 juta tan tahun ini, meningkat 3.3 peratus berbanding 15.1 juta tan tahun lalu.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata lonjakan itu didorong oleh permintaan yang meningkat dari pasaran utama eksport seperti India dan China serta pengukuhan harga komoditi tersebut.

“Prospek industri minyak sawit dijangka terus mengukuh dengan nilai eksport diunjur berjumlah RM110 bilion tahun ini. Tahun lalu, sektor minyak sawit sahaja menyumbang RM102.15 bilion daripada jumlah eksport.

\”Ini merupakan angka yang sangat tinggi, di mana 80 peratus daripada minyak yang dihasilkan di Malaysia adalah untuk pasaran eksport,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Ekspo Teknologi dan Inovasi Minyak Sawit (PALMEX) Malaysia 2024, di sini.

Edisi ke-12 PALMEX mengetengahkan kemajuan teknologi dan penyelesaian inovatif oleh pempamer, serta menjadi platform untuk ketua industri dan pakar dalam bidang minyak sawit membincangkan cabaran dan peluang industri tersebut.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...