Home Nasional JPJ Kedah sita 19 kenderaan dalam operasi khas
Nasional

JPJ Kedah sita 19 kenderaan dalam operasi khas

JPJ Kedah sita 19 kenderaan dalam operasi khas

Sebanyak 19 kenderaan disita dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan 2024 di Kedah yang berakhir pada Rabu / Foto RTM

JITRA, 29 Ogos – Sebanyak 19 kenderaan disita dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan 2024 di Kedah yang berakhir pada Rabu.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata operasi memfokuskan pelanggaran undang-undang berkaitan kesalahan teknikal, lalu lintas dan kesalahan utama.

\”Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 32,526 kenderaan telah diperiksa, dengan 1,388 kenderaan diambil tindakan. Sebanyak 3,777 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan atas kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya,\” katanya menerusi kenyataan.

Daripada jumlah itu, kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh merekodkan jumlah tertinggi dengan 603 notis, diikuti kesalahan tiada insurans atau tiada LKM sebanyak 482 notis dan kesalahan teknikal sebanyak 467 notis.

\”JPJ memandang serius isu ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu, terutamanya pemandu kenderaan pelancongan dan perkhidmatan awam yang terus melanggar undang-undang dan peraturan,\” tambah Van Lutam.

Operasi dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Related Articles

Pemukiman Jemaah Menteri diadakan tidak lama lagi
Nasional

Pemukiman Jemaah Menteri diadakan tidak lama lagi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAPUTRAJAYA, 3 Januari– Sesi pemukiman Jemaah...

Hujan berterusan dijangka di empat negeri bermula esok hingga 6 Januari
Nasional

Hujan berterusan dijangka di empat negeri bermula esok hingga 6 Januari

Foto hiasanPETALING JAYA, 3 Januari– Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran...

MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf
Nasional

MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf

FOTO ISTANA ARAUCHUPING, 3 Januari- Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat...

Gempa bumi kuat di sempadan Chile-Bolivia
Nasional

Gempa bumi kuat di sempadan Chile-Bolivia

Foto Facebook MET MalaysiaPETALING JAYA, 3 Januari– Gempa bumi kuat berukuran 6.1...