Friday , 20 September 2024
Home Nasional Tanah mendap baharu di Jalan Masjid India sedalam dua kaki
Nasional

Tanah mendap baharu di Jalan Masjid India sedalam dua kaki

Tanah mendap baharu di Jalan Masjid India sedalam dua kaki

Tanah mendap baharu berlaku kira-kira 20 meter dari lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Kejadian terbaharu mendapan tanah di sekitar Jalan Masjid India di sini yang berlaku awal pagi tadi melibatkan ukuran sedalam lebih kurang dua kaki.

Tinjauan pemberita RTM mendapati ia berlaku kira-kira 20 meter (m) dari lokasi insiden tanah jerlus membabitkan seorang wanita dari India minggu lepas.

Ketika ini pihak media masih menunggu butiran lanjut daripada pihak berkuasa mengenai kejadian terbaharu itu.

Polis turut meluaskan sekatan di sekitar Jalan Masjid India. Ia meliputi keluasan hampir 500m dari lokasi tanah mendap sebagai langkah keselamatan.

Jumaat lepas, mangsa, Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang dalam tanah jerlus selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari keenam hari ini.

Belum ada sebarang petunjuk positif kepada penemuan mangsa setakat ini.

2808 MENDAPAN BARU MASJID INDIA 2
Polis meluaskan kawasan sekatan sekitar Jalan Masjid India susulan satu lagi kejadian tanah mendap berlaku di kawasan berkenaan hari ini

BERITA BERKAITAN

  • Tanah jerlus: Tatu nama ibu jadi kenangan – Anak
  • Tanah jerlus: Pasukan SAR guna pelbagai usaha kesan mangsa
  • Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR guna kamera kesan mangsa
  • Tanah jerlus di Jalan Masjid India disebabkan faktor geografi
  • Tanah jerlus: Enam lurang kumbahan dibuka – Polis
  • Tanah jerlus: \’Manhole\’ penuh gas beracun – Bomba
  • Wanita warga India terperangkap dalam tanah jerlus di hadapan Masjid India

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...