Sunday , 22 December 2024
Home Politik MHO dakwa bekas timbalan menteri dalang pemerdagangan manusia
Politik

MHO dakwa bekas timbalan menteri dalang pemerdagangan manusia

MHO dakwa bekas timbalan menteri dalang pemerdagangan manusia

HISHAMMUDDIN Hashim bercakap ketika sidang akhbar berkenaan aduan penglibatan ahli politik Malaysia dalam sindiket pemerdagangan manusia di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
FOTO – FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA – AMREE

PUTRAJAYA: Seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat aktif dengan menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, wanita itu bersama suaminya turut memegang jawatan penting selaku pengerusi keselamatan sebuah syarikat.

Difahamkan, mereka mula dikesan terbabit pada awal 2020 dan suspek pernah menjadi Ahli Parlimen di negeri utara tanah air serta pernah dilantik sebagai timbalan menteri.

“Kegiatan mereka mula terbongkar apabila tular satu video menerusi laman YouTube baru-baru ini mendedahkan ramai warga Indonesia yang telah pun menjadi mangsa,” katanya hari ini selepas hadir menyerahkan laporan kes berkenaan untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, MHO terkejut dengan pendedahan panas yang diterbitkan di Indonesia itu dengan suspek juga dirujuk sebagai mafia judi atas talian.

Video tersebut ujarnya, amat memalukan imej Malaysia kerana sindiket didalangi tokoh politik itu juga melakukan penyeksaan kejam, penjualan organ malahan membunuh mangsa.

“Mereka yang terjebak diperdagangkan itu dipaksa bagi menjadi ejen penipuan digital dengan menyasarkan ramai pelanggan berpotensi di beberapa buah negara Asia.

“Suspek ini juga mengetuai syarikat yang bantu membina pusat ‘scam’ dan pemerdagangan manusia di bandar Myawaddy dengan dijaga rapi ramai askar junta Myanmar,” katanya.

Lokasi ini jelas beliau, dipasang tembok pagar yang tinggi agar tiada sesiapa pun tahu mereka melakukan aktiviti perjudian, dadah, pelacuran serta pelbagai kegiatan gejala moral.

Hishamuddin mendakwa, pusat jenayah itu pula kebal daripada penguatkuasaan seolah-olah dilindungi individu tertentu antaranya ketua kumpulan penjenayah terkenal di Myanmar.

“Penglibatan kenamaan Malaysia dalam organisasi itu juga mencetuskan perasaan tidak senang rakyat kita kerana mengaibkan nama baik negara ini.

“Paling sedih, ramai mangsa ditipu sindiket tersebut dari kalangan warga Malaysia sendiri yang terpedaya konon ditawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan di luar negara,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...