Friday , 20 September 2024
Home Nasional Sembilan premis makanan kotor diarahkan tutup
Nasional

Sembilan premis makanan kotor diarahkan tutup

Sembilan premis makanan kotor diarahkan tutup

Foto Hiasan/Bernama

KOTA BHARU, 27 Ogos – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan sembilan premis makanan yang didapati kotor ditutup selama 14 hari, semalam.

Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin dalam kenyataan berkata, arahan penutupan itu dijalankan bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 susulan Operasi Bersepadu Premis Bersih terhadap 53 premis makanan di sekitar bandar itu.

\”Kegagalan pemilik premis makanan untuk mematuhi perintah penutupan itu adalah satu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” kata Dr Zaini.

Beliau berkata dalam operasi sama sebanyak 160 Notis Seksyen 32B, Memerintahkan Kehadiran di Mahkamah telah dikeluarkan JKNK kepada pemilik premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Dr Zaini berkata daripada 160 notis 32B yang dikeluarkan, kesalahan paling banyak dikesan adalah berkaitan pakaian pengendali makanan iaitu 129 notis.

“Kesalahan lain dikesan adalah berkaitan kebersihan diri pengendali makanan, tidak mendaftarkan premis makanan dan tidak mematuhi kehendak berhubungan dengan penyimpanan makanan, juga tidak mematuhi kehendak berhubungan dengan kewajipan untuk mengekalkan premis makanan bersih,” katanya menerusi kenyataan itu.

Beliau berkata kesemua notis Seksyen 32B boleh dibayar kompaun dalam tempoh masa satu bulan dari tarikh notis dikeluarkan.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...