Friday , 20 September 2024
Home Nasional Visa Haji: Malaysia sokong langkah tegas Arab Saudi
Nasional

Visa Haji: Malaysia sokong langkah tegas Arab Saudi

Visa Haji: Malaysia sokong langkah tegas Arab Saudi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na\’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Malaysia menyokong langkah tegas dan hukuman berat yang dikenakan kerajaan Arab Saudi ke atas jemaah yang melanggar peraturan dan arahan berkaitan isu visa haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na\’im Mokhtar berkata langkah-langkah itu bertujuan memastikan keselamatan jemaah menunaikan haji dalam persekitaran yang selamat dan aman.

\”Saya sekali lagi menekankan komitmen kami dalam mendidik bakal jemaah haji agar sentiasa mematuhi dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Saudi,” katanya pada sidang media bersama-sama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah di sini.

Sidang media itu diadakan sempena lawatan rasmi Dr Tawfiq ke Malaysia bermula Isnin hingga Rabu (26-28 Ogos), bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia.

Susulan itu, Mohd Na’im menzahirkan harapan untuk meneruskan kerjasama saling menguntungkan dengan kerajaan Arab Saudi, khususnya dalam bidang berkaitan meningkatkan pengalaman haji dan umrah.

\”Perbincangan berjalan dengan baik mengenai kolaborasi pada masa depan antara kedua-dua negara dan saya harap akan memberikan lebih banyak kemudahan dan keselesaan bagi jemaah kita dalam perjalanan menunaikan haji dan umrah mereka,\” katanya.

Sementara itu, Dr Tawfiq berkata kerajaan Arab Saudi sedang giat memerangi skim promosi haji haram dengan kerjasama kerajaan Malaysia.

Beliau menekankan kepentingan menggunakan platform rasmi Malaysia dan Arab Saudi sahaja untuk perancangan haji dan umrah bagi memastikan pengalaman haji yang selamat.

\”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas pengendalian rapi urusan jemaah haji dan skim latihan yang baik untuk jemaah haji.

\”Komitmen anda untuk memastikan ziarah yang lancar dan bermakna untuk warga anda sejajar dengan dedikasi kami untuk memberikan pengalaman terbaik kepada semua pengunjung ke tanah suci,\”katanya.

Selain itu, Dr Tawfiq berkata kedua-dua negara telah menubuhkan pasukan petugas bersama dengan dua objektif utama iaitu untuk melihat kemungkinan meluaskan Inisiatif Jalan Makkah kepada jemaah umrah Malaysia dan untuk mengkaji potensi mengaplikasikan model perniagaan Tabung Haji bagi pengurusan haji di negara lain. – BERNAMA

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...