Friday , 20 September 2024
Home Nasional Banjir: 181 penduduk terjejas di tiga negeri
Nasional

Banjir: 181 penduduk terjejas di tiga negeri

Banjir: 181 penduduk terjejas di tiga negeri

Jambatan Slim Village di Muallim, Perak telah runtuh akibat kejadian kepala air Jumaat lalu/Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Seramai 181 penduduk terjejas banjir dicatatkan bagi negeri Perak, Negeri Sembilan dan Selangor setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan banjir menjejaskan daerahMuallim di Perak dengan 111 orang daripada 25 keluarga yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia diikuti Negeri Sembilan di daerah Port Dickson yang merekodkan 42 orang daripada 12 keluarga di sebuah PPS manakalaSelangor melibatkan 28 orang daripada 13 keluarga di daerah Kuala Selangor di sebuah PPS.

Dalam pada itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Johor melibatkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga 9.00 pagi nanti.

Ramalan sama turut dikeluarkan bagi Sabah di Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

\”Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter per jam (ml/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

\”Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,\” menurut kenyataan yang dikeluarkan 7.00 pagi tadi.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...