Friday , 20 September 2024
Home Nasional Tanah jerlus: Tatu nama ibu jadi kenangan – Anak
Nasional

Tanah jerlus: Tatu nama ibu jadi kenangan – Anak

Tanah jerlus: Tatu nama ibu jadi kenangan – Anak

Suami kepada mangsa tanah mendap, warga India Mathavan (dua dari kanan), menunggu di lokasi kejadian untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai operasi SAR isterinya yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- \”Saya terkilan sebab ibu tidak sempat lihat tatu yang saya buat di tangan khas untuknya,\” itu luahan anak kepada mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India dekat sini yang masih belum ditemukan pada hari kelima (semalam) operasi mencari dan menyelamat (SAR).

M.Suria, 25, yang dalam keadaan sugul berkongsi kepada Bernama bahawa tatu nama ibunya Vijayaletchumy dicacah pada lengan kiri ketika percutiannya di Thailand baru-baru ini.

\”Ibu segalanya untuk saya, apa jua saya lakukan semua untuknya…sebab itu bila saya cacah tatu di tangan ini, nama beliau adalah pertama yang terlintas di fikiran saya.

\”Tapi saya tak sangka ini yang terjadi… Saya tak sempat tunjuk betapa sayangnya saya pada ibu,\” katanya dalam bahasa Telegu yang diterjemahkan oleh rakan penulis.

Suria berkata kali terakhir beliau bercakap dengan ibunya adalah pada awal pagi hari kejadian.

\”Saya hubungi dia pukul 1.30 pagi pada hari kejadian dan beritahu saya mencacah tatu nama dia…ibu sangat gembira dan saya dapat rasakan nada gembira melalui suaranya itu.

\”Pada pagi sebelum ibu jatuh, dia ada menghubungi saya, tetapi disebabkan telefon saya kehabisan bateri saya tidak dapat bercakap dengannya,\” katanya.

Beliau berkata kejadian yang menimpa ibunya berusia 48 tahun itu hanya diketahui selepas dimaklumkan abang ipar pada pagi Jumaat lepas.

Sejurus mendapat maklumat itu, Suria terus bergegas masuk ke negara ini dari Thailand melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam di Kedah dan menempuh lebih 476 kilometer untuk ke ibu negara.

\”Saya tidak berfikir panjang dan mengambil pengangkutan e-panggilan dari Changlun, Kedah ke Kuala Lumpur yang menelan kos RM600,\” katanya.

Menurut Suria, beliau dan keluarga berharap jasad ibunya ditemukan segera dan mahu disemadikan di kampung mereka di Kuppam, Andhra, India.

\”Saya tidak mahu ibu terseksa, sudah lima hari kejadian dan kami sudah reda,\” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati Suria dan bapanya serta beberapa ahli keluarga sering berada di lokasi kejadian bagi mengetahui perkembangan pencarian.

Pada Jumaat lepas, wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian. -BERNAMA

BERITA BERKAITAN

  • Tanah jerlus: Pasukan SAR guna pelbagai usaha kesan mangsa
  • Tanah jerlus: JKR diarah beri bantuan teknologi- Nanta
  • Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR guna kamera kesan mangsa
  • Tanah jerlus di Jalan Masjid India disebabkan faktor geografi
  • Tanah jerlus: Enam lurang kumbahan dibuka – Polis
  • Tanah jerlus: \’Manhole\’ penuh gas beracun – Bomba
  • Tanah jerlus: Mendapan pernah berlaku di lokasi sama
  • Wanita warga India terperangkap dalam tanah jerlus di hadapan Masjid India

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...