Friday , 20 September 2024
Home Politik UMNO sedia mendepani cabaran politik digital
Politik

UMNO sedia mendepani cabaran politik digital

UMNO sedia mendepani cabaran politik digital

SEBAHAGIAN perwakilan mendengar ucapan dasar yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: Penekanan khusus terus diberikan kepada pe­nguasaan politik digital dalam mendepani cabarannya supaya UMNO terus berdaya saing.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, UMNO menyedari bahawa era politik kini berada dalam fasa ‘politik telefon bimbit’.

Justeru katanya, beberapa inisiatif dilaksanakan untuk memastikan parti itu terus berdaya saing dalam peperangan persepsi yang semakin sengit.

“Antaranya, Masterclass Komunikasi Digital yang mana kami menawarkan modul latihan komunikasi digital untuk melatih lebih ramai jentera penerangan parti di peringkat akar umbi supaya berupaya memahami propaganda. Selain itu menghasilkan kandungan digital positif yang berkualiti bagi menarik perhatian rakyat sekali gus menyebarluaskan mesej-mesej parti dengan lebih efektif.

“Turut ditekankan pe­nguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghadapi cabarannya dalam politik. Kami akan memanfaatkan AI untuk mengenal pasti trend dan sentimen pengundi dengan lebih tepat dan bersasar sekali gus membantu dalam menyusun strategi komunikasi yang lebih berkesan,” katanya semalam.

Menurut Azalina, menerusi Kempen Digital Bersepadu pula memanfaatkan pelbagai platform media sosial terkini dan mempelbagaikan bentuk kan­dungan yang sentiasa relevan dengan trend semasa.

Katanya, pelaksanaan ini­siatif-inisiatif itu dapat mengukuhkan kedudukan UMNO dalam lands­kap politik baharu.

“Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, Penerangan UMNO yakin dapat mengukuh­kan lagi kedudukan dan me­ngangkat imej parti terutama dalam landskap politik digital, seterusnya memenangi hati rakyat khususnya generasi muda yang menjadi penentu masa depan negara,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...