Friday , 20 September 2024
Home Politik PAU 2024: Rakus, tamak kuasa punca orang Melayu berpecah
Politik

PAU 2024: Rakus, tamak kuasa punca orang Melayu berpecah

PAU 2024: Rakus, tamak kuasa punca orang Melayu berpecah

AMINUDDIN OMAR

KUALA LUMPUR: Perpecahan orang Melayu berpunca daripada parti politik yang rakus dan tamak dengan kuasa.

Pembahas UMNO Kedah, Datuk Aminuddin Omar berkata, hari ini wujud masalah perpecahan antara orang-orang Melayu walaupun negara sudah 67 tahun mencapai kemerdekaan.

Kata beliau, perpecahan tersebut memerlukan langkah yang betul dan tindakan segera bagi memastikan kuasa politik orang Melayu tidak dipecah belah oleh mana-mana pihak.

“Kalau dulu orang Melayu hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada UMNO atau Pas, pemikiran orang yang sederhana akan bersama UMNO dan yang ekstrem agama pilih bersama Pas.

“Tetapi hari ini orang Melayu telah berpecah lagi kepada parti parti lain akibat kerakusan dan tamak kuasa,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini  hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu berkata, UMNO perlu sekali lagi menjadi tonggak dan penggerak utama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu atau parti politik Melayu lain.

“Sampai bila kita ingin melihat kedudukan orang Melayu seperti sekarang yang tidak menguntungkan nasib bangsa Melayu.

“Kita tidak rela lagi melihat keadaan orang Melayu yang sentiasa bercakaran sesama sendiri sehingga merugikan kita,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...