Friday , 20 September 2024
Home Politik PAU 2024: UMNO tidak akan biar Melayu menjunam, Islam terancam
Politik

PAU 2024: UMNO tidak akan biar Melayu menjunam, Islam terancam

PAU 2024: UMNO tidak akan biar Melayu menjunam, Islam terancam

MOHAMED KHALED NORDIN

KUALA LUMPUR: UMNO tidak akan membiarkan nasib orang Melayu menjunam dan agama Islam berhadapan ancaman, sebaliknya terus mempertahan serta memperjuangkannya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, orang Melayu perlu ingat bahawa selain UMNO, terdapat instrumen lain yang menjadi benteng penting dalam memelihara kepentingan dan haknya.

Oleh kerana itu, beliau menyeru orang Melayu untuk terus yakin dan tidak termakan dengan politik toksik serta batil yang dimainkan pihak tertentu.

“Kita ada Raja Berperlembagaan. Kita ada pelbagai institusi kerajaan yang hampir semuanya diketuai oleh orang Melayu. Kita ada penjawat awam dan jangan lupa, kita ada Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

“Kesemua instrumen ini yang menjadi ekosistem dan benteng yang sangat kukuh dalam melindungi orang Melayu.

“Jadi janganlah membiarkan politik bati, atau seperti yang diungkapkan oleh Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan) sebagai politik toksik, mendapat tempat dalam masyarakat kita,” katanya ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan turut menyeru semua pihak supaya berlumba-lumba dalam melontarkan idea yang baik dan bekerja bersungguh-sungguh.

“Bukannya cercaan siapa lebih pedas, fitnah siapa yang lebih tular atau tohmahan siapa yang lebih besar.

“Janganlah kita membiarkan mana-mana pihak terus menjadikan agama sebagai modal politik yang ditunggang untuk menakut-nakutkan bangsa Melayu dengan imaginasi yang sangat mengarut,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru UMNO supaya mengisytiharkan perang ke atas segala politik toksik dan batil.

“Bangsa yang tidak yakin dengan diri sendiri akan menjadi bangsa lemah, bangsa yang takut dan mudah ditakut-takutkan tidak akan memajukan dirinya.

“Hanya bangsa yang yakin, yang kuat pendiriannya akan menjadi bangsa yang unggul dan berketahanan,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...