Friday , 20 September 2024
Home Politik Pembebasan Najib bantu UMNO tarik sokongan muda
Politik

Pembebasan Najib bantu UMNO tarik sokongan muda

Pembebasan Najib bantu UMNO tarik sokongan muda

MUHAMAD AKMAL SALEH

KUALA LUMPUR: Pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membantu UMNO meraih kembali sokongan terutama golongan muda.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, Najib  seorang pemimpin yang banyak berjasa dan semasa era pemerintahan beliau, banyak ruang serta peluang diberikan kepada anak muda.

Kata beliau, pihaknya mempercayai bahawa rakyat boleh menilai pemimpin yang benar-benar boleh berkhidmat untuk mereka dan pemimpin mana yang hanya bercakap kosong.

“Jadi sudah tentu apabila pembebasan Datuk Seri Najib ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan terhadap sokongan orang muda kepada parti kita. Sebab hari ini orang muda pandai dan bijak memilih.

“Datuk Seri Najib adalah model dan seorang pemimpin yang boleh berkhidmat. Ini Hasrat pemuda untuk melihat beliau diberikan keadilan sewajarnya,” katanya semasa sidang akhbar selepas sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, sebanyak 72 daripada 131 usul dikemukakan perwakilan UMNO di seluruh bahagian menuntut bekas Najib yang juga bekas Pre­siden UMNO yang sedang menjalani hukuman penjara, diberikan pengampunan.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika membentangkan laporan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, semalam.

Sementara itu, Muhamad Akmal yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mempersoal tindakan kerajaan yang berdiam diri mengenai berhubung titah adendum (perintah tambahan) yang antaranya memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

“Kita ingin bertanya pada kerajaan, adakah benar addendum ini wujud atau tidak? Jika wujud kenapa ia tidak dilaksanakan? Jika tidak wujud, takkan Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) dan Naib Presiden (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) nak membohong.

“Jika ada kenapa tidak dilaksanakan?” soalnya. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...