Friday , 20 September 2024
Home Politik Saya tidak mahu dibayangi imej bapa – Nurulhidayah
Politik

Saya tidak mahu dibayangi imej bapa – Nurulhidayah

Saya tidak mahu dibayangi imej bapa – Nurulhidayah

DATUK NURULHIDAYAH AHMAD ZAHID

KUALA LUMPUR: Datuk Nurulhidayah mahu menaikkan nama Wanita UMNO dalam politik tanah air tanpa dibayangi imej bapanya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Exco Wanita berkata, walaupun peranannya bukan sebagai ketua wanita namun penglibatannya dalam politik adalah hasil kerja keras yang bermula daripada bawah dan perlu mengharungi pelbagai peringkat.

“Apabila masuk dalam dunia politik, saya merasakan diri ini layak dan bukan kerana menggunakan platform sebagai anak Ahmad Zahid. Oleh itu saya akan menggunakan pentas Perhimpunan Agung UMNO 2024 supaya dikenali sebagai Nurulhidayah.

“Saya mahu orang tahu bakat saya dalam politik. Saya akan manfaatkan platform perbahasan untuk bercakap sebagai diri sendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Nurulhidayah berkata, beliau sudah lelah dilabel sedemikian sedangkan beliau mempunyai peranan tersendiri dalam parti.

“Tidak dinafikan akan ada bayangan Ahmad Zahid kerana (saya membawa) nama ayah saya.

“Kalau saya pergi ke mana-mana, saya tidak dipanggil Exco Wanita UMNO sedangkan jawatan saya lebih tinggi daripada Wanita UMNO Bahagian. Jawatan saya ketika ini adalah jawatan yang dipertanding dan bukan dilantik.

“Saya bersusah payah menempatkan diri saya sebaris dengan Exco Wanita kerana mahu tawarkan perkhidmatan untuk parti,” katanya.

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...