Home Ekonomi RIGOL Technologies Wujudkan Kemudahan Di Pulau Pinang Bernilai Lebih RM100 Juta – MIDA
Ekonomi

RIGOL Technologies Wujudkan Kemudahan Di Pulau Pinang Bernilai Lebih RM100 Juta – MIDA

RIGOL Technologies Wujudkan Kemudahan Di Pulau Pinang Bernilai Lebih RM100 Juta – MIDA

Kredit: MIDA

GEORGE TOWN,26Ogos (Livevartha) — RIGOL Technologies Co Ltd yang berpangkalan di China mewujudkan kilang, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pusat perkhidmatan pertama luar negara di Pulau Pinang dengan pelaburan bernilai lebih RM100 juta.

Dalam kenyataan bersama pada Isnin, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan pembuat peralatan ujian elektronik itu menjelaskan kemudahan baharu tersebutterletak di kawasan seluas 0.83 hektar dengan tapak kilang seluas 0.72 hektar.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata pelaburan itu menawarkan peluang kepada Malaysia untuk meningkatkan tahap rantaian bekalan di samping menjana pekerjaan bernilai tinggi.

“Kita gembira apabila RIGOL memilih Malaysia untuk kilang pembuatan pertamanya di luar China.

“Di MIDA, kami komited sepenuhnya untuk memudahkan perkembangan seperti ini yang membawa sektor pembuatan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan itu.

Fasa pertama kemudahan baharu itu, yang telah memulakan operasi, meliputi barisan pengeluaran berbilang, menumpukan pengeluaran alat ujian dan pengukuran elektronik.

Fasa kedua akan mempunyai barisan pengeluaran tambahan dan menumpukan usaha penubuhan pusat R&D canggih serta pusat perkhidmatan luar negara yang komprehensif untuk menyokong komitmen berterusan RIGOL terhadap inovasi dan perkhidmatan pelanggan.

Sementara itu, CEO RIGOL Technologies (Malaysia) Sdn Bhd Wang Ning berkata kemudahan Pulau Pinang merupakan pencapaian penting dalam strategi pengembangan globalnya di samping menekankan ketekunan syarikat untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan antarabangsa.

Dengan menambah baik keupayaan perkhidmatan di pasaran luar negara, RIGOL menyasar untuk lebih memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat selain mengekalkan pertumbuhan stabil dalam industri.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...