Home Ekonomi Maxis Syarikat Telekomunikasi Pertama Di Malaysia Tawar GPUaaS Kepada Pelanggan
Ekonomi

Maxis Syarikat Telekomunikasi Pertama Di Malaysia Tawar GPUaaS Kepada Pelanggan

Maxis Syarikat Telekomunikasi Pertama Di Malaysia Tawar GPUaaS Kepada Pelanggan

Foto: Maxis/ Goh Seow Eng

KUALA LUMPUR, 26 Ogos(Livevartha) — Maxis, syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia,akan menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menyediakan unit pemprosesan grafik sebagai perkhidmatan (GPUaaS) berasaskan awan kepada pelanggannya di Malaysia.

Maxis dalam satu kenyataan berkata perkhidmatan ituakan dikuasakan oleh kluster berkuasa GPU NVIDIA H100 Tensor Core dan syarikat itu akan menjadi antara syarikat telekomunikasi pertama di duniamenawarkan perkhidmatan menggunakan NVIDIA GB200 Grace Blackwell Superchip generasi akan datang.

Sebagai sebahagian daripada portfolio perkhidmatan terurus dan awan Maxis Business, GPUaaS memberikan perniagaan akses mudah kepada unit pemprosesan grafik (GPU) yang berkuasa untuk latihan kecerdasan buatan (AI) canggih dan aplikasi inferens.

GPUaaS Maxis merupakan kaedah yang kos efektif untuk pelanggan mengguna pakai keupayaan berprestasi tinggi dengan cepat bagibeban kerja pemprosesan intensif seperti AI, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam.

Menerusi kaedah ini perniagaan dijangka tidak lagi perluuntuk melabur dalam perkakasan GPU yang mahal atau mengekalkan infrastruktur yang kompleks

Dengan kuasa pengkomputeran berskala tersedia atas permintaan melalui GPUaaS, para pelanggan boleh memperuntukkan lebih banyak masa dan sumber kepada aktiviti perniagaan teras merekadan mempercepatkan pembangunan AI generatif, model bahasa besar dan beban kerja AI mereka.

“Kami gembira menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menyediakan GPUaaS, membolehkan pengkomputeran berprestasi tinggi dan pemprosesan data atas permintaan,” kata Ketua PegawaiEksekutif MaxisGoh Seow Eng.

Beliau berkata perniagaan akan mempunyai fleksibiliti untuk menskalakan sumber mereka apabila diperlukan bagibeban kerja yang lebih kompleks seperti AI, pembelajaran mesin, pemodelan 3D dan analitik berskala besar.

“Sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu utama di Malaysia, kami akan terus memastikan pelanggan dapat memanfaatkan kesalinghubungan dan penyelesaian digital yang terbaik dengan lebih mudah, supaya mereka boleh memberi tumpuan mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...