Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi Trafik Penumpang Udara Lonjak 14.3 Peratus Kepada 8.8 Juta Pada Julai 2024 – MAVCOM
Ekonomi

Trafik Penumpang Udara Lonjak 14.3 Peratus Kepada 8.8 Juta Pada Julai 2024 – MAVCOM

Trafik Penumpang Udara Lonjak 14.3 Peratus Kepada 8.8 Juta Pada Julai 2024 – MAVCOM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos(Livevartha) –Malaysia mencatatkan peningkatan dalam trafik penumpang udara sebanyak 14.3 peratus tahun ke tahun kepada8.8 juta penumpangpada Julai 2024 berbanding 7.7 juta pada bulan yang sama tahun lalu, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Ini turutmenandakan kenaikan sebanyak 7.7 peratus bulan ke bulan berbanding 8.1 juta penumpang pada Jun 2024.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata angka trafik padaJulai 2024 menunjukkanketahanan dan dinamisme sektor penerbangan Malaysia.

“Trafik antarabangsa terusmenerajui pemulihan, sementara pertumbuhan ketara yang dapat dilihat dalam laluan ASEAN dan bukanASEAN mengukuhkan kebangkitan semula perjalanan global, didorong oleh pemulihan ketersambungandan keyakinan pengguna yang semakin meningkat.

“Kami amat teruja dengan prestasi kukuh dalampasaran bukan ASEANyang menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap Malaysia sebagaidestinasi dan hab transit,” katanya.

Beliau berkata ketika industri penerbangan semakin menghampiri paras prapandemik,MAVCOM optimis Malaysia akan berada di landasan yang tepat untuk mencapai jumlah trafikpenumpang yang diunjurkan pada tahun ini.

Sementara itu, MAVCOM berkata pertumbuhan tersebut disumbangkan oleh peningkatan dalam perjalanan antarabangsa,disokong oleh pemulihan berterusan laluan antarabangsa, pelaksanaan pengecualian visa 30 hari bagipelancong dari China dan India, serta pengenalan destinasi antarabangsa baharu pada Julai 2024.

“Ini termasuk Sihanouk di Kemboja dan Qingdao dan Yantai di China. Secara keseluruhannya, ini menjadikan trafik Julai 2024 kepada 91.7 peratus daripada paras prapandemik pada Julai 2019, apabila trafik merekodkan 9.6 juta, dengan trafik antarabangsa mengetuai pemulihan,” katanya.

Suruhanjaya itu juga berkata trafik penumpang udara domestik pada Julai 2024 mencatatkan 4.3 juta penumpang atau 48.4 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...