Sunday , 10 November 2024
Home Ekonomi Vietnam Mahu Manfaatkan Kepakaran Malaysia Tembusi Pasaran Halal OIC
Ekonomi

Vietnam Mahu Manfaatkan Kepakaran Malaysia Tembusi Pasaran Halal OIC

Vietnam Mahu Manfaatkan Kepakaran Malaysia Tembusi Pasaran Halal OIC

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Livevartha) — Kepakaran Malaysia dalam aspek pensijilan halal terbukti berharga dalam menggerakkan sektor halal Vietnam, sejajarhasrat Hanoi mengeksport produk pertaniannya menembusi pasaran 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Individu bertanggungjawab memacu langkah eksport halal Vietnam merangkumi pelbagai produk pertanian, akuakultur, farmaseutikal dan kosmetik adalah rakyat Malaysia, Ramlan Osman selaku pengarah Pihak Berkuasa Pensijilan Halal Vietnam (HALCERT) yang baru ditubuhkan.

Vietnam telah menubuhkan HALCERT di bawah Kementerian Sains dan Teknologi pada April lepas dengan matlamat bagi menyeragamkan serta menguatkuasakan standard halal.

Bercakap kepada Livevartha, Ramlan berkata antara produk Vietnam yang menonjol dan larisadalah kopi dalam bentuk biji kopi hijau (belum dipanggang dan mentah), serbuk kopi asli sertabiji kopi dipanggang.

“Jika memperoleh sijil dan cara proses menepati piawaian halal, produk-produk ini mempunyai potensi untuk menembusi pasaran OIC yang mempunyai penduduk berjumlah 2.01 bilion orang,” katanya.

Strategi Vietnam juga di landasan tepatmemandangkan pasaran makanan halal dijangka berkembang kepadaUS$4.5 trilion menjelang 2030 daripada US$2.4 trllion pada 2024, didorong oleh peningkatan bilangan penduduk dan perbelanjaan penggunaMuslim.

Menjelaskan selanjutnya, Ramlan berkata pihaknya turut bekerjasama erat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membolehkan Vietnam menerapkan piawaianhalal dalam proses pengeluaran makanan, pembuatan serta bidang seperti logistik.

Pensijilan halal merupakan proses ketat bagi memastikanproduk serta bahan ramuannya menepati garis panduan pemakanan Islam dan memastikan produk terbabit, termasuk kopi, pastri dan bahan kandungan lain dihasilkan menerusi proses bersih dan selamat dimakan oleh pengguna Muslim.

Related Articles

Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dilihat stabil dan berkembang kukuh

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid...

Ekonomi

Bank Rakyat lantik Ahmad Shahril sebagai pemangku CEO

Ahmad Shahril Mohd Shariff KUALA LUMPUR, 9 November- Bank Rakyat melantik Ahmad...

Ekonomi

FBM KLCI dijangka meningkat minggu depan, dorongan faktor luaran

Foto FailKUALA LUMPUR, 9 November– FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka...

Ekonomi

Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Foto FailKUALA LUMPUR, 9 November– Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar...