Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Jalan sekitar Ipoh ditutup, sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Nasional

Jalan sekitar Ipoh ditutup, sempena Sambutan Hari Kebangsaan

Jalan sekitar Ipoh ditutup, sempena Sambutan Hari Kebangsaan

Foto Bernama

IPOH, 26 Ogos – Jalan di sekitar bandar raya Ipoh akan ditutup dan dilencongkan selama lima hari bermula esok bagi memberi laluan kepada perarakan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaaan Kali ke-67 Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, perarakan perbarisan itu akan diadakan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, di sini.

\”Antara laluan terlibat dengan raptai perarakan perbarisan sambutan berkenaan bermula pukul 6.30 pagi esok sehingga acara selesai ialah Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan St. John, Jalan S.P Seenivasagam, Jalan Sultan Yusuf, Jalan Dato Maharajalela, Jalan Dato Sagor dan Jalan Tun Sambanthan, Jalan Sultan Iskandar Shah serta Jalan Bandar Timah,\” kata Abang Zainal dalam satu kenyataan.

Penutupan jalan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh akan dilaksanakan pada Rabu dan Jumaat bagi memberi laluan kepada raptai penuh kawad kawalan kehormatan utama bermula 8 pagi sehingga selesai.

\”Jalan yang akan digunakan semasa sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti ialah Padang Ipoh, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Sultan Yusuf, Jalan Lahat (Little India), Jalan Tan Sri Tajudin Ali, Bulatan Bahagia (Medan Kidd), Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan S.P Seenivasagam.

Mengikut Abang Zainal Abidin, penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan di jalan-jalan berkenaan bermula pukul 6.30 pagi.

Justeru, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...