Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Majikan lari tinggal pekerja warga asing ketika serbuan
Nasional

Majikan lari tinggal pekerja warga asing ketika serbuan

Majikan lari tinggal pekerja warga asing ketika serbuan

Foto: FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 27 Ogos– Seorang majikan premis makanan bertindak melarikan diri selepas menyedari pasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang melakukan operasi di sebuah kompleks membeli-belah di sini, semalam.

Jabatan itu dalam hantaran di laman Facebook berkata hasil pemeriksaan di premis itu mendapati para pekerja yang digajikan tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.

\”Mereka terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, dua lelaki China dan seorang lelaki Myanmar berusia 30 hingga 50 tahun.

\”Kesemua mereka yang didapati melanggar syarat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dibawa ke Depot Imigresen Juru untuk siasatan lanjut,\” menurut kenyataan itu.

Menurut JIM, siasatan lanjut dan gerakan mengesan majikan yang terbabit juga akan dilaksanakan untuk dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

Masyarakat diseru untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan warga asing yang melanggar undang-undang dan peraturan bagi membolehkan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...