Friday , 20 September 2024
Home Nasional Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun ke-74 kepada Wanita UMNO
Nasional

Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun ke-74 kepada Wanita UMNO

Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun ke-74 kepada Wanita UMNO

Foto: FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 27 Ogos- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-74 buat Wanita UMNO.

Menerusi hantaran di Facebook, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata Wanita UMNO yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1949 telah menjadi nadi perjuangan UMNO dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

“Sepanjang 74 tahun ini, kita telah menyaksikan sembilan wanita luar biasa menerajui Pergerakan Wanita UMNO dengan penuh dedikasi dan semangat juang yang tidak pernah pudar. Saya berbangga Wanita UMNO terus memainkan peranan penting dalam membawa perubahan dan memperkukuh asas perjuangan UMNO.

“Dalam era yang penuh cabaran ini, Wanita UMNO kekal sebagai tulang belakang parti, memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat dengan tekad yang tidak pernah goyah. Marilah kita bersama-sama memperkasakan Wanita UMNO demi masa depan golongan hawa di seluruh negara,” katanya.

Menerusi hantaran berasingan, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-75 Pemuda UMNO yang disambut semalam.

“Pemuda mestilah terus meneroka peluang baharu, mencipta gaya inovatif dan memastikan suara anak muda terus didengar pada setiap peringkat. Anda ialah nadi perubahan yang akan menentukan masa depan UMNO dan Malaysia.

“Marilah kita jadikan ulang tahun ke-75 ini sebagai detik untuk membaharui azam dan memperkuat langkah. Bersama-sama, kita akan terus mengangkat Pemuda UMNO sebagai pergerakan berwawasan dan berpengaruh dalam memastikan kestabilan politik dan sosial di negara kita,” katanya.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...