Friday , 20 September 2024
Home Nasional JPJ Terengganu keluarkan hampir 1,200 notis saman
Nasional

JPJ Terengganu keluarkan hampir 1,200 notis saman

JPJ Terengganu keluarkan hampir 1,200 notis saman

Mohd Zamri Sambon

DUNGUN, 26 Ogos- 1,197 notis dikeluarkan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan dan pelbagai kesalahan teknikal lain dalam Op Khas di Terengganu.

Operasi bermula 1 Ogos lalu itu dilaksana bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan dagangan mematuhi peraturan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu Mohd Zamri Sambon berkata, antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu kenderaan barangan (GDL) serta pelbagai kesalahan teknikal lain termasuk cermin gelap.

\”Kita harap dengan adanya ops secara berterusan ini dapat memastikan pihak pengusaha dapat memastikan mereka melantik pemandu-pemandu yang memenuhi kapasiti melibatkan CDL dan GDL ini.

\”Bagaimanapun kita kena memperakui bahawasanya ada sesetangah pengusaha mengupah pemandu-pemandu warga asing untuk membawa kenderaan dagangan ini.

\”Ia menambahkan risiko atas jalan raya kerana mereka bukan sahaja tidak komited malah mereka tidak ada lesen memandu pun sebenarnya. Jadi dalam konteks itu pengusaha kita akan kenakan tindakan dan kenderaan itu pun akan disita,\” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam ops tersebut lebih 5,100 kenderaan barangan manakala 672 melibatkan kenderaan perkhidmatan awam.

Daripada jumlah tersebut, 586 kenderaan dikenakan tindakan.

Bagaimanapun lima daripada kenderaan barangan itu disita manakala selebihnya kenderaan awam.

Terdahulu beliau memantau Ops khas kenderaan perdagangan bersama agensi penguatkuasa dan konsesi lebuh raya peringkat negeri di Bukit Besi, di sini.

Penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus akan terus dilaksana pada masa depan bagi memastikan pemandu serta pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang selain memastikan kenderaan selamat digunakan di jalan raya.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...