Friday , 20 September 2024
Home Nasional Penduduk terjejas banjir di Perak kekal
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Perak kekal

Penduduk terjejas banjir di Perak kekal

Foto APM

IPOH, 26 Ogos- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak masih kekal, iaitu 139 orang daripada 34 keluarga, setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, kawasan terjejas banjir kekal membabitkan daerah Muallim dan Larut Matang dan Selama.

Di Muallim seramai 116 penduduk daripada 27 keluarga dari Kampung Pasir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Jamek Kampung Pasir.

Manakala seramai 23 penduduk terjejas banjir daripada tujuh keluarga dari Kampung Tebuk turut ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang di daerah Larut, Matang dan Selama.

Dalam pada ituJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kebanyakan daerah di Perak antaranya Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk serta Kuala Kangsar akan mengalami hujan pagi ini.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memaklumkan laluanA121 Jalan Slim River-Behrang Ulu di daerah Muallim masih ditutup akibat jalan utama runtuh manakala FT 004 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang Gerik-Jeli dibuka satu lorong disebabkan tanah runtuh.

\”Laluan di FT 1152 Felda Trolak Selatan di daerah Batang Padang juga dibuka satu lorong kepada semua kenderaan disebabkan berlaku runtuhan di bahu jalan berkenaan,\” menurut JKR.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...