Friday , 20 September 2024
Home Nasional 7,000 pelajar sertai program Hari Pembersihan Dunia 2024 di Pulau Pinang
Nasional

7,000 pelajar sertai program Hari Pembersihan Dunia 2024 di Pulau Pinang

7,000 pelajar sertai program Hari Pembersihan Dunia 2024 di Pulau Pinang

Foto RTM

GEORGE TOWN, 25 Ogos– Seramai 7,000 pelajar dari 66 buah sekolah dan institusi pendidikan di Pulau Pinang, menyertai program Hari Pembersihan Dunia 2024 Peringkat Negeri.

Program tersebut melibatkan kerja-kerja pembersihan di 36 lokasi berbeza, termasuk jalan raya, pantai, sungai dan sekitar kawasan sekolah.

Pengerusi Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang, Khou Jerome berkata program itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar serta menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang bersih, hijau dan sihat.

\”Kami rancang bagaimana untuk memperkasa sekolah-sekolah untuk dengan menganjurkan aktiviti pembersihan.\”

\”Bagaimana kita boleh membantu sekolah-sekolah ini. Jadi, ini kita boleh adakan sebagai satu amalan dan budaya untuk semua murid. Contohnya, mempelajari amalan kitar semula dan banyak lagi,\” kata Khou kepada pemberita pada Sabtu.

Program yang dimulakan sejak tahun 2022 itu mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, yang turut melepaskan kira-kira 200 pelajar untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di Padang Kota Lama.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...