Home Nasional Menteri Agama serah sumbangan kepada rakyat Palestin
Nasional

Menteri Agama serah sumbangan kepada rakyat Palestin

Menteri Agama serah sumbangan kepada rakyat Palestin

FOTO FB DATO\’ SETIA DR. NAIM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang cedera dan dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini.

Sumbangan itu diserahkan oleh Menterinya Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika melakukan kunjungan menziarahi mereka di hospital terbabit.

\”Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan bantuan kepada seluruhmangsa yang terlibatsebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin selain merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh pihak Israel,\” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga merakamkan ucapan syabas serta tahniah kepada Kementerian Pertahanan Malaysia terutama Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan hospital berkenaan atas segala usaha memberikan rawatan terbaik kepada mangsa.

\”Marilah bersama-sama kita terus berdoa agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan diberikan kesembuhan oleh Allah Subhanahu Wataala.

\”Pada masa sama, kita mendoakan agar rakyat di Palestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan,\” katanya.

Turut mengiringiMohd Na’im adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Lt. Jeneral Datuk Dr Zulkefffeli Mat Jusoh; Ketua Pengarah Kor Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Datuk Haji Mohd Rashidi Bujai; dan Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera, Brigedier Jeneral Datuk Dr Mohamed Hatta Manis.

Pada 16 Ogos lepas, dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia membawa 41 rakyat Palestin yang cedera dan 86 waris mereka akibat serangan berterusan rejim zionis Israel, tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira 2.00 petang.

BERITA BERKAITAN

  • Rakyat Palestin pulang jika gencatan senjata kekal
  • \’Itu pun dicerca, sikap apa ini?\’ – PM kesal kecaman bawa rakyat Palestin

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....