Friday , 20 September 2024
Home Nasional UPTM perkukuh kerjasama antarabangsa
Nasional

UPTM perkukuh kerjasama antarabangsa

UPTM perkukuh kerjasama antarabangsa

UPTM) menandatangani memorandum dengan Quanzhou Preschool Education College semasa China-ASEAN Education Cooperation Week (CAECW2024)

KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menandatangani dua memorandum kolaborasi dengan Zhongshan Polytechnic dan Quanzhou Preschool Education College semasa China-ASEAN Education Cooperation Week (CAECW2024) untuk memperkukuh kerjasama peringkat antarabangsa.

UPTM dalam kenyataan berkata, Naib Canselor UPTM Profesor Madya. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh dan Pengarah Pengantarabangsaan dan Industri Dr Mohd Erfino Johari hadir ke Forum China-ASEAN untuk berkolaborasi dengan institusi pengajian tinggiChina.Ia turut dihadiri delegasi pemimpin negara dan institusi pengajian tinggi dari negara-negara Asia Tenggara.

\”Forum China-ASEAN ini merupakan acara tahunan Kementerian Luar Negara dan Kementerian Pendidikan Tinggi, People’s Republic of China yang telah berjaya menjemput delegasi dalam kalangan pemimpin negara dan institusi pengajian tinggi darinegara-negara Asia Tenggara untuk berkolaborasi dengan institusi pengajian tinggi China,\” katanya.

Melalui kerjasama dengan International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM), UPTM berpeluang memperkenalkan fokus universiti dalam bidang profesional, teknologi, dan sains sosial, serta penekanan kepada sijil profesional disertakan dengan pengajian ijazah sarjana.

Isi kandungan memorandum kolaborasi termasuk;mempertingkatkan kualiti program akademik dan kesarjanaan di peringkat antarabangsa; memulakan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan institusi di China dan mengadakan pelbagai inisiatif seperti pertukaran pelajar dan pensyarah, kerjasama dalam penyelidikan, program edutourism, dan pengukuhan bahasa.

Dalam pada itu UPTM juga berhasrat untuk memperluas kerjasama dengan institusi dari Indonesia, Thailand, dan Timor Leste, termasuk Universitas Semarang dan Universitas Borobudur.

CAECW2024 meletakkan UPTM dalam posisi yang baik untuk menjalin kerjasama akademik dan industri dengan People\’s Republic of China dan 38 negara lain dalam \’Belt and Road Initiatives\’ (BRI).

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...