Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah KL ditutup tinggi
Perniagaan

Pasaran getah KL ditutup tinggi

Pasaran getah KL ditutup tinggi

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini dalam persekitaran aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meneruskan peningkatan pada Jumaat, dengan harga mencecah paras tertinggi lebih daripada dua bulan disokong oleh lonjakan harga getah sintetik dan fizikal.

Kenaikan harga minyak mentah turut membantu meningkatkan sentimen pasaran, katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata peningkatan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Pada pukul 5.00 petang, harga minyak mentah Brent naik sebanyak 0.66 peratus kepada US$77.74 setong.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 13 sen kepada 790 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok 3.5 sen kepada 639.5 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi fizikal SMR 20 berada pada 793.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 640.5 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...