Saturday , 21 December 2024
Home Ekonomi Kerjasama NVIDIA-YTL Perkukuh Infrastruktur AI Malaysia – Tengku Zafrul
Ekonomi

Kerjasama NVIDIA-YTL Perkukuh Infrastruktur AI Malaysia – Tengku Zafrul

Kerjasama NVIDIA-YTL Perkukuh Infrastruktur AI Malaysia – Tengku Zafrul

fb Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) — Kerjasama antara NVIDIA dan YTL Power International dapat memperkukuh infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di Malaysia dan memastikan teknologi AI yang dibangunkan sesuai dengan keperluan serta nilai budaya negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Azizberkata dengan infrastruktur AI yang canggih, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk menjadi antarahab utama AI serantau.

“Kerjasama itudapat membuka peluang dalam membangunkan model bahasa besar (LLM)dalam Bahasa Melayu.

“Kerjasama ini akan membawa superkomputer terpantas ke negara kita, ditempatkan di YTL Green Data Center Park, Kulai, Johor, dan dijana sepenuhnya oleh tenaga solar,” katanya menerusi hantarandi platform media sosial X pada Jumaat.

Beliau berkata selain itu, usaha tersebutselari dengan aspirasi negara mengikutPelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030untuk menjadi negara yang mengutamakan awandan memperkukuh ekosistem AI tempatan

Inisiatif seperti ini akan memanfaatkan inovasi, mewujudkan peluang untuk bakat tempatan dalam sektor teknologi, serta menarik lebih banyak pelaburan dan kepakaran antarabangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia di persada global dalam bidang AI, katanya.

— Livevartha

Related Articles

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Saham KL susut diasak tekanan jualan, jejak prestasi serantau

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Dagangan saham di Bursa Malaysia mengakhiri urus...

Ekonomi

Inflasi November turun kepada 1.8 peratus – DOSM

DOSMKUALA LUMPUR, 20 Disember- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada...