Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi Indeks Pelopor Naik 3.5 Peratus Pada Jun 2024, Capai 113.4 Mata – Perangkaan
Ekonomi

Indeks Pelopor Naik 3.5 Peratus Pada Jun 2024, Capai 113.4 Mata – Perangkaan

Indeks Pelopor Naik 3.5 Peratus Pada Jun 2024, Capai 113.4 Mata – Perangkaan

Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) –Indeks Pelopor (IP) meneruskan pertumbuhan positifnya dengan mencatatkan 3.5 peratus, mencapai 113.4 mata pada Jun 2024, berbanding 109.6 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IPialah alat yang digunakan untuk mengunjurkanarah aliran ekonomi secara purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

Ketua PerangkawanDatuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkataIndeks Perusahaan Bursa Malaysia mempamerkan prestasi kukuh dengan 42.2 peratus, meletakkannya sebagai penyumbang utama kepada peningkatan ini.

"Bagaimanapun, prestasi bulanan IP menurun marginal kepada 0.7 peratus disebabkan oleh penurunan dalam lima daripada tujuh komponen kecuali Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (0.4 peratus) dan Penawaran Wang Benar, M1 (0.2 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Melihat kepada arah aliran jangka panjang terlicin pada Jun 2024, DOSM berkata IP kekal berada di atas trend 100.0 mata,menggambarkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan dan berdaya tahan.

Ia berkata memandangkan Malaysia adalah ekonomi berpacukan pengguna, pelaksanaan inisiatif pelarasan gaji dijangka akan merangsang perbelanjaan domestik.

Berhubung prestasi ekonomi semasa,Indeks Serentak (IS) mengekalkan pertumbuhan positifnya sejak September 2021 dengan 2.6 peratus, mencapai 126.4 mata pada Jun 2024, kata DOSM.

"Nilai Caruman Benar, KWSP (8.5 peratus) merupakan pemacu utama kepada kenaikan ini, diikuti oleh peningkatan 6.4 peratus dalam Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit.

"Selari dengan itu, prestasi bulanan IS menunjukkan corak yang sama, meningkat 0.2 peratus disumbangkan oleh kesemua komponen kecuali Kapasiti Penggunaan dalam Pembuatan (-0.3 peratus)," katanya.

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...