Home Ekonomi Keuntungan Bersih Suku Kedua Affin Bank Melonjak Kepada RM118.58 Juta
Ekonomi

Keuntungan Bersih Suku Kedua Affin Bank Melonjak Kepada RM118.58 Juta

Keuntungan Bersih Suku Kedua Affin Bank Melonjak Kepada RM118.58 Juta

Affin Bank Bhd

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) –Affin Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024, kepada RM118.58 juta daripada RM113.23 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Perolehan bagi suku dalam tinjauan, bagaimanapun, merosot kepada RM494.77 juta berbanding RM504.86 juta sebelum ini.

Untuk enam bulan berakhir 30 Jun 2024, keuntungan bersih Affin Bank menurun kepada RM228.79 juta daripada RM262.21 juta disebabkan oleh pemampatan Margin Faedah Bersih (NIM).

Bagaimanapun, hasil menokok kepada RM999.31 juta daripada RM999.15 juta.

Bank itu melalui satu makluman kepadaBursa Malaysiaberkata tumpuan kumpulan terhadap pertumbuhan strategik telah terbukti dalam jumlah asetnya, yang berkembang sebanyak 7.2 peratus kepada RM108.2 bilion, meningkat daripada RM100.9 bilion dalam tempoh yang sama sebelumnya.

“Ini didorong oleh peningkatan 10.5 peratus dalam portfolio pinjaman serta pembiayaan, mencecah RM69 bilion,”katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullahberkata kumpulan itu menjangkakan NIM akan pulih menjelang separuh pertama 2025.

Beliau berkata ini disokong dengan mengekalkan Pelan Strategik AX28nya, dengan jangkaan bahawa kadar Rizab Persekutuan akan dipotong sebanyak 50–75 mata asas dalam masa terdekat dan keadaan ekonomi yang bertambah baik di Malaysia.

–Livevartha

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...