Home Ekonomi Takaful Ikhlas Sasar RM2 Juta Sumbangan Bagi Produk Ikhlas Lindung
Ekonomi

Takaful Ikhlas Sasar RM2 Juta Sumbangan Bagi Produk Ikhlas Lindung

Takaful Ikhlas Sasar RM2 Juta Sumbangan Bagi Produk Ikhlas Lindung

Kredit: Takaful Ikhlas Family Bhd

Oleh Zufazlin Baharuddin

SHAH ALAM, 23 Ogos (Livevartha) –Takaful Ikhlas Family Bhd (Takaful IKHLAS),anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB)menyasarkansumbangansebanyak RM2 juta daripada penawarankira-kira 2,000 sijil produk perlindungan terbaharunya, IKHLAS Lindung.

Presiden danKetua Pegawai EksekutifMuhammad Fikri Mohamad Rawi berkataIKHLAS Lindung adalah selari dengan usaha Takaful IKHLAS untuk terus menyediakan produk takaful yang inovatif dan relevan dengan keperluan masyarakat serta proses aplikasi yang mudah.

“Semalamlebih kurang 280 kesberjaya dihasilkandengan sumbangan lebih kurang RM360,000.

“Dengan IKHLAS Lindung, kami berharap dapat memberikan kemudahan dan perlindungan yang optimum kepada setiap individu dengan mudah, tanpa pemeriksaan perubatan atau proses yang kompleks serta mengira latar belakang,”katanya kepada Livevartha selepasmelancarkan IKHLAS Lindungdi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 hari ini.

MSAM 2024berlangsung bermula 22 hingga 25 Ogos diSetia City Convention Centre, Setia Alam, dekat sini.

Muhammad Fikri berkataIKHLAS Lindung menawarkan pelanggan pelbagai manfaat menyeluruh termasuklah perlindungan kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal, manfaat kematian kemalangan tambahan, dan juga Perbelanjaan Kematian Segera.

Pelanggan boleh memilih daripada lima pelan perlindungan yang tersedia mengikut kesesuaian dan keperluan individu, katanya.

“Kami yakin IKHLAS Lindung dapat memberi manfaat besar kepada pelanggan kami dan membantu mereka merancang masa depan yang lebih terjamin. Pengenalannyasejajar dengan matlamat MSAM untuk meningkatkan kesedaran orang ramai kepentingan pelaburan dan pengurusan kewangan.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...