Friday , 20 September 2024
Home Nasional Mangsa tanah jerlus masih belum ditemukan – Polis
Nasional

Mangsa tanah jerlus masih belum ditemukan – Polis

Mangsa tanah jerlus masih belum ditemukan – Polis

Rakaman CCTV kejadian tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur yang berlaku pagi tadi

KUALA LUMPUR, 23 Ogos-Operasi menyelamat seorang wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus yang berlaku berhampiran Masjid India di sini hari ini masih diteruskan setakat pukul 6.00 petang ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, operasi menyelamat akan dilakukan dengan strategi berbeza bergantung keadaan semasa bagi mempercepat usaha berkenaan.

\”Ada saksi lihat tak nampak sebarang pergerakan mangsa selepas dia jatuh… maknanya, jatuh terus tak nampak. Di dalam sana saya diberitahu ada aliran air yang deras.

\”Kita dah tengok sampai hujung sana, (mangsa) tiada.

\”Saya dimaklumkan kalau kita buat penutupan air, mungkin akan berlaku banjir di beberapa kawasan di sini, jadi kita buat (operasi menyelamat) secara berperingkat, (ikut) strategi dan nasihat bomba,\” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, kawasan terbabit dilapor pernah berlaku kejadian mendapan sebelum ini, namun telah diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab.

Rusdi berkata pihaknya juga telah memaklumkan kepada Kedutaan India di Malaysia supaya menyambung visa mangsa dan keluarga sehingga operasi menyelamat selesai.

Katanya, kesemua mereka bercuti di Malaysia selama dua bulan dan esok merupakan hari terakhir percutian mereka.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.22 pagi tadi dan mengesahkan seorang pelancong wanita dari India terperangkap.

BERITA BERKAITAN

  • Usaha selamat mangsa tanah jerlus masih dilakukan – JBPM
  • JBPM, DBKL guna kren cari mangsa tanah jerlus
  • Wanita warga India terperangkap dalam tanah jerlus di hadapan Masjid India
  • Tanah jerlus di hadapan Masjid India, seorang mangsa dikesan

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...