Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Selaras tugas agensi penguat kuasa, tangani ketirisan hasil
Nasional

Selaras tugas agensi penguat kuasa, tangani ketirisan hasil

Selaras tugas agensi penguat kuasa, tangani ketirisan hasil

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 23 Ogos– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi penguatkuasaan mempunyai penyelarasan tindakan yang berkesan terutama dalam menangani ketirisan hasil seperti subsidi diesel.

Beliau berkata setiap agensi harus ada jaringan hubungan yang baik kerana satu badan penguat kuasa, tidak berupaya melawan kelompok besar yang terbabit dalam jenayah berkenaan.

\”Kita telah minta supaya penyelarasan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen serta JabatanKastamDiraja Malaysia sentiasa harus ada penyelarasan yang berkesan.

\”Mesti ada jaringan yang cukup baik, sekiranya ada masalah bawa kepada menteri, supaya kita dapat selesaikan di peringkat Jemaah Menteri.

Datuk Seri Anwar turut mengakui untuk membanteras kes-kes jenayah seumpama ini tidak mudah kerana berdepan kekuatan yang luar biasa seperti ugutan dan senjata.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Bersama Warga Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...