Friday , 20 September 2024
Home Nasional Tanah jerlus: Mendapan pernah berlaku di lokasi sama
Nasional

Tanah jerlus: Mendapan pernah berlaku di lokasi sama

Tanah jerlus: Mendapan pernah berlaku di lokasi sama

Seorang wanita warga India terjatuh kira-kira 10 meter sebelum tertimbus tanah jerlus di Masjid India pagi tadi/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mendapan pernah dilaporkan berlaku tahun lepas di lokasi sama insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini hari ini.

Beliau berkata mendapan itu bagaimanapun sudah dibaiki oleh pihak yang berkaitan.

Berhubung insiden seorang wanita warga India dikhuatiri tertimbus pagi tadi, Rusdi berkata usaha mencari mangsa perlu dilakukan dengan perancangan rapi.

\”Kita lakukan proses mencari dan menyelamat secara berperingkat kerana Indah Water Konsortium mempunyai pelan mereka dan di dalam sana terdapat aliran air yang deras.

\”Saya dimaklumkan jika air ditutup, akan berlaku banjir di kawasan ini… jadi kita perlukan strategi menerusi nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM),\” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Rusdi berkata semakan mendapati mangsa berusia 48 tahun itu masuk ke negara ini untuk melancong sejak dua bulan lepas bersama suami dan beberapa individu lain serta dijangka pulang ke negara asal esok.

Beliau berkata pihak Kedutaan India sudah dimaklumkan mengenai insiden itu dan diminta supaya melanjutkan tempoh visa mangsa serta keluarganya.

Mengenai arahan menutup operasi perniagaan di kawasan sekitar, Rusdi berkata para peniaga telah dimaklumkan untuk mengambil tindakan itu buat sementara bagi tujuan keselamatan.

Beliau juga berkata insiden itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup dan memaparkan mangsa sedang berjalan sebelum terjatuh.

Rusdi berkata ada saksi yang melihat insiden itu namun memaklumkan tidak melihat sebarang pergerakan selepas mangsa terjatuh.

Terdahulu, pasukan penyelamat mengorek kawasan mendapan dengan mesin jengkaut milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan disewa daripada pihak swasta.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata langkah itu bagi meluaskan kawasan pencarian mangsa dalam insiden itu.

JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.22 pagi dan mengesahkan bahawa seorang pelancong wanita India telah terperangkap. -BERNAMA

BERITA BERKAITAN

  • Mangsa tanah jerlus masih belum ditemukan – Polis
  • Tanah jerlus Masjid India, peniaga risau keselamatan
  • Usaha selamat mangsa tanah jerlus masih dilakukan – JBPM
  • JBPM, DBKL guna kren cari mangsa tanah jerlus
  • Wanita warga India terperangkap dalam tanah jerlus di hadapan Masjid India
  • Tanah jerlus di hadapan Masjid India, seorang mangsa dikesan

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...