Friday , 20 September 2024
Home Nasional Insentif cukai, sokong syarikat fokus aktiviti berimpak tinggi
Nasional

Insentif cukai, sokong syarikat fokus aktiviti berimpak tinggi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Ogos– Insentif cukai akan diperkenal bagi menyokong serta memberi pulangan kepada syarikat yang memberi fokus kepada aktiviti berimpak tinggi.

Ke arah itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedia mengkaji semula dasar sedia ada.

Ia bergantung kepada keupayaan pihak swasta menyakinkan kerajaan untuk membawa pelaburan beserta aktiviti ekonomi yang lebih besar, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.

\”Kami sentiasa bersedia untuk mendengar pihak swasta dan menjemput anda semua melakukan libat urus dengan kerajaan dengan lebih kerap.

\”Bagaimanapun dalam membentangkan idea dan cadangan, anda juga harus mengutamakan pembinaan negara, memikirkan rakyat dan bagaimana kita boleh membantu mereka\”, katanya semasa berucap pada Majlis The Edge Billion Ringgit Club 2024 di ibu negara.

Sementara itu, pelbagai langkah sedang diteliti bertujuan meningkatkan integrasi pasaran dua hala dan pelbagai hala bersama rakan serantau.

Ia termasuk diplomasi perdagangan serta pengaturan strategik bagi memudahkan pergerakan barangan, modal, tenaga kerja mahir serta perkongsian teknologi.

Perdana Menteri berkata Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN tahun depan menjadi peluang terbaik untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

\”Tahun depan Malaysia mempengerusikan ASEAN. Ini adalah satu lagi peluang untuk kami mempromosikan ASEAN, saiz dan kekuatan pasaran yang disatukan, sebagai pusat teras untuk pelaburan dan perdagangan global, sebagai bahagian penting rantaian bekalan global dan sebagai pusat pelancongan dan perkhidmatan.

\”Namun, itu memerlukan ASEAN harus diselaraskan dengan lebih baik dan mempunyai tadbir urus yang progresif untuk merebut peluang ini\”, kata Datuk Seri Anwar.

Mengulas lanjut, permohonan Malaysia kepada BRICS berupaya membantu negara meneroka pasaran baharu serta meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...