Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Kekal Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Kekal Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Kekal Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam aliran menurun padaminggu depan disebabkan pasaran akan menunggu laporan gaji bukan ladang September, yang boleh menetapkan trajektori pemotongan kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes memberitahu sementara pasaran menjangkakan pembeli untuk bertindak jika berlaku sebarang penurunan harga emas pada minggu tersebut, laporan pekerjaan AS yang akan datang berpotensi membawa perubahan ketara.

"Oleh itu, pasaran mungkin mengambil pendekatan berhati-hati. Buat masa ini, saya akan mengesyorkan pemantauan pada jajaran antara US$2,490 sehingga US$2,530 satu auns troy untuk emas minggu depan,"katanya kepada Livevartha.

Dari Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Ogos 2024 melonjak kepada US$2,520 satu auns troy berbanding US$2,484.30 satu auns troy yang dicatatkan semasaminggu sebelum ini dan September 2024 meningkat kepada US$2,523.70 satu auns troy daripada US$2,488.

Sementara itu, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$2,526 satu auns troy daripada US$2,488 satu auns troy.

Jumlah dagangan susut kepada 67 lot berbanding 244 lot, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 58 kontrakdaripada 135 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,483 satu auns troy, berdasarkanpenetapan petang Persatuan Pasaran Bullion London,22 Ogos.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...